Saturday 17 August 2013




بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum wbt....

bersyukur kehadrat illahi akhirnya aisyah dapat jgk update blogger aisyah dengan fakta fakta...pengetahuan serta luahan rasa hati Aisyah yang ingin di kongsi bersama dengan sahabat sahabat sekalian...andainyer blogger Aisyah masih banyak kekurangan dan cacat celanya harap sahabat sahabat sekalian dapat memberi nasihat dan tunjuk ajar atau pun komen komen yang bernas....tanpa sahabat sahabat sekalian Aisyah tidk tahu setakat mana kelemahan Aisyah..selebihnye Aisyah berserah pada Allah SWT...sebab semua yang baik datangnya dari Allah..yang buruk semuanye daripada Aisyah........alhamdulillah.....





Friday 16 August 2013

ღღ Duhai Hatiku..
Masih banyak hal yang membuat kita bisa tertawa. Buatlah hati yang sekeping itu bergembira… lihatlah burung itu, terbang tanpa beban, bernyanyi diatas awan Jika... semut yang kecil itu DIA kasihi…Apa lagi manusia tidak mungkin DIA meninggalkan kita…

Itulah kehidupan, tidak selamanya berjalan mulus…Sesekali dia akan terkandas, Namun kekandasan itu tidaklah menyebabkan kita berhenti melangkah…Yakinlah…Dia sedang merencanakan yang terbaik buat hamba-NYA…Senyumlah…kerana tersenyum menyegarkan kehidupan…

Terkadang, apa yang sudah direncanakan tidak terwujud.
Sebaliknya, Apa yang tak direncanakan malah dia wujud.
Sikap terbaik dalam menghadapi hal ini adalah mengembalikan segala sesuatu. Kepada Yang Maha Merencanakan, kerana rencana-NYA adalah yang terbaik. Jangan berputus asa dari rahmat ALLAH, Kerana ALLAH Maha Pengasih.

Permohonan itu tidak semestinya dikabulkan hari ini…tapi boleh jadi hari esok atau lusa atau mungkin dihari akhir nanti…Bersabarlah, kerana DIA Maha Penyayang dan Maha mengetahui rahsia hati.

Indahnya pelangi hanya sesaat…
Dia datang kemudian berlalu dan pergi…
Warnanya yang alami kini tinggal bayangan…
Apakah mungkin dia akan muncul untuk yang kedua kali…
Namun itulah karya Ilahi…
yang menakjubkan dan menghibur hati…

Itulah episode kehidupan…adakalanya bertemu…adakalanya berpisah…
pertemuan selalu diiringi dengan tawa…perpisahan selalu diakhiri dengan tangisan…tatalah hati, untuk siap bertemu dan siap berpisah…kerana itu sudah merupakan rencana-NYA

Jangan bersedih!
Kerana Hari kemarin telah berlalu, hari esok masih misteri.
Hari ini adalah hari kita, mulailah menghirup udara pagi dengan berbaik sangka pada Ilahi. dibalik keindahan ada ketenangan dan kedamaian, yang lebih berharga dari longgokan intan dan berlian…keindahan akan melembutkan hati dan memelihara perasaan…
sobat, kita berusaha untuk tersenyum dalam melewati fasa-fasa kehidupan…

Kelembutan hati bagaikan air yang mengalir dari puncak gunung kehulu sungai…Yang mampu melewati kerasnya bebatuan sungai…Bersikaplah seperti air yang lemah lembut, Kerana pada prinsipnya manusia menyenangi kelembutan…
Tidak semua perbuatan baik itu akan disenangi orang…Akan ada orang yang menolak, menentang dan mencemuh…Tugasmu hanya menyampaikan, bukan memutuskan…Berlapang dadalah supaya kamu mendapat ketenangan…

Bergembiralah,
Kerana tidak akan ada yang menggembirakan kita selain kita sendiri
Berdoalah kepada SANG PEMILIK HATI (ALLAH SWT) agar diselalu menjadikan hati yang satu ini senantiasa merasa tenang.

⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿ smoga bermanfaat ⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿⊱◇✿

ღ☆ღ Salam santun ukwhuah fillah ღ☆ღ


Menerima Kekurangan dan Kelebihan




Kita melihat bagaimana Al-Qur’an membangkitkan pada diri masing-masing pasangan suami istri suatu perasaan bahwa masing-masing mereka saling memerlukan satu sama lain dan saling menyempurnakan kekurangan.

Ibaratnya wanita laksana ranting dari laki-laki dan laki-laki adalah akar bagi wanita. Kerana itu akar selalu membutuhkan rantin...g dan ranting selalu membut
uhkan akar. Sebagaimana firman Allah dalam al-A’raf 189,

“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya.”

Kerana itu, pernikahan tak hanya menyatukan dua manusia berbeza tapi juga menyatukan dua perbezaan, kelebihan dan kekurangan sepasang anak manusia. Dimana masing-masing akan saling mengisi dan melengkapi kekurangan satu dengan yang lain. Sementara menjadikan kelebihan masing-masing untuk merealisasikan cita-cita pernikahan sesungguhnya.


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi




Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. 




CINTAI ILMU

~ilmu dapat meninggikan darjat seseorang
~melalui ilmu mudah mendapat hidayah
~ilmu dapat mengubah kehidupan dari kegelapan kepada kehidupan yang penuh makna

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan"

"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"

CARILAH ILMU WALAU DIMANA ENGKAU BERADA

mencari ilmu hingga ke liang lahad....subhanAllah...

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik
Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Lelaki yang tidak baik untuk wanita yang tidak baik
Wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik

Pilihan ada di tangan mu...
Nak dapat pasangan yang baik kenalah jadi baik dulu ya...

LEBIH BAIK JAGALAH HUBUNGAN YANG HALAL, YANG TAK HALAL LEPASKANLAH ITU ADALAH SEBAIK-BAIKNYA..

NILAI LAH GUNA MATA HATI...ORANG YANG TAHU MANA BAIK DAN BURUK ADALAH ORANG YANG BIJAK...
BERUNTUGLAH ORANG YANG MENDAPAT PASANGAN YANG BIJAK...



Ibu...letakanlah pipiku ke tanah

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya. Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya. Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni. Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya: “Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia. Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah. Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah. Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi: “inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ” wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu. Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu.

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu. Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawaduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku. Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”. Petikan Kitab: Al-Mawa’idh wal Majalis: masa: 235 Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah

Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya bertajuk “insan, ingatlah…” bunyinya lebih kurang “hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah,ujub dan takabur dengan itu semua, kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana. Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.Wallahualam




Allah berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

"Dan akhirnya. Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."
Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia."


Usah ditangisi yang bukan MUTLAK

Pesan Buat Diri dan Buatmu Uktifilllah


Wahai para gadis,cinta bukan untuk ditangisi tetapi dinikmati. Jadi apabila cinta hanya akan menyebabkan anda membuang air mata, maka tinggalkanlah cinta itu,sebab air mata yg tertumpah pada detik ini logiknya kan berterusan jika anda berkahwin dengan insan berkenaan.

Jika dia benar menyintai anda, mengapa harus dia menyebabkan anda menangis? Jika benar dia sayang pada anda mengapa harus dia mempermain-mainkan perasaan anda? Dia hanya ingin bermain/menguji anda. Tetapi anda tidak ada masa untuk bermain sebab tumpuan anda adalah PELAJARAN/KERJAYA. Siapa dia untuk menguji ketahanan anda sedangkan anda mempunyai tanggungjawab besar untuk masa depan yang gemilang.

Cinta suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tetapi tertawa ria. Perhubungan yang harmoni penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yang tenang, lurus dan menuju MATLAMAT; sebaliknya jika sengketa dan air mata mewarnai hari anda, ia ibarat perjalanan yang tersekat-sekat oleh landasan yang bengkang bengkok, tidak rata dan tidak menuju matlamat.

Bergembiralah menyambut kehadiran cinta tetapi sebaik saja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan anda terhadap ALLAH dan pelajaran/kerjaya kian menghilang, TINGGALKANLAH cinta itu dan binalah cinta baru.

Sebenarnya anda tak perlu tergesa-gesa membina cinta. Tiba masanya ia akan hadir sendiri. Sesuatu yang datang tanpa perlu ditagih biasanya lebih bertahan lama, ikhlas lagi jujur.

Tidak ada sebab orang semacam anda perlu menangis, menghabiskan masa dgn tekanan emosi bercinta. Masa depan anda harus cerah, secerah masa depan yang anda predict.

Jika cinta sudah datang, sambutlah ia seadanya kerana fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai, disayangi dan menyayangi. Tidak salahnya, hanya tak usah terlalu lentok hingga banyak perkara menjadi sempit dan terbarai. Cinta harus memotivasikan kita untuk mengejar kejayaan bukan menjahanamkan kita dgn perlakuan-perlakuan sumbang.

Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri. Betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri. Sebaiknya bercintalah selepas khawin..n binalah ia berlandaskan iman yg kukuh. Bercintalah kerana ALLAH SWT.. InsyaAllah rumah tangga akan harmoni...


SEBUAH PENCARIAN:SAKINAH

Sakinah adalah bunga indah,yang tanpanya hilang seri dunia. sakinah ialah madu.penawar banyak perkara,sakinah juga guru.mendidik dengan penuh mesra.mencintai sakinah bakal membawamu mencintai Allah...

Dia tiada bersendirian didunia kerana ada Allah yang menemaninya. Dialah wanita solehah yang ditarbiah dengan nur islam. Ada biah solehah,pengislah harapan ag

ama dibahunya. Sakinah kuat dan tabah melawan mehnah,terus gagah dalam lembut dan ramah,menyebarkan dakwah tanpa lelah dan putus asa pada bangsa yang kian parah. Dia bukan hanya sibuk membelai diri kerana diri sedar kelak dia akan ditanya dipadang masyar nanti,apa sumbangan pada agama yang suci ini. Dia tersenyum dalam payah,mengungkap doa mendamba kekuatan. menenangkan hati dengan munajat dan solat yang kusyuk...

Sakinah ibarat mawar berduri,dari jauh kelihatan cantik dan lembut. Namun bila didekati lelaki ajnabi .durinya jadi perisai untuk memelihara diri. izzahnya dijaga,lembut bicaranya dikawal,lunak suaranya dicegah,anggun tingkahnya diperisai,ayu langkahnya diatur,pesona dipandangannya ditundukkan..
Sakinah dihati itu,adalah yang bernama sebuah keutuhan,sebentuk perlindungan. Menjadi perisai dan pelindung dari hujan,panas dan ribut dunia yang mencengkam akhir zaman ini. Aduhai penenang jiwa dan penyejuk mata sekelian sudikah kau mengukir semanis senyuman dan segenggam tabah dihati?

sampaikan bingkisan hati ini.....
dalam doa ku terus melakari
andai mampu ku mengatur BICARA
andai mapu ku luahkan rasa
hh

Harga air mata wanita...

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

ALLAH Swt menciptakn wanita dengan berbagai keutamaan dan kelebihan..Di ciptakan bahunya..agar ia mampu menahan seluruh beban duniaحْمَنِ اارَّحِي dan isinya,dan disaat yang sama,bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Wanita memliki kekuatan untuk dapat melahirkn, mengeluarkn bayi dari rahimyna.
Walau sering kali ia menerima cerca dari anaknya itu.
Wanita memliki keperkasaan,yang akan membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Wanita memliki kesabaran untuk merawat keluarganya walau ia letih, sakit, lelah namun ia tak berkeluh kesah. Wanita memliki perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam k0ndisi apapun dan situasi apapun. Walau tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang membrikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk dan menahan lelap.

Sentuhan yang memberikan kenyamanan saat di dekap lembut olehnya.

Wanita memliki kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab,,tulang rusuklah yang melindungi stiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Wanita memliki kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkn, bahwa suami yg baik adalah yang tak pernah melukai istrinya.

Walau seringkali kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami,agar tetap berdiri,saling melengkapi dan menyayangi..

Wanita memiliki AIR MATA agar dapat mencurahkn perasaannya.
Inilah yg khusus ALLAH berikan kepada wanita,agar dapat di Gunakn bilapn ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yg di Miliki wanita,walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata KEHIDUPAN 

Jadi... jangan anggap wanita itu cengeng ketika ia mengeluarkan airmatanya

Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,
TAKDIRNYA 
SUBHANAALLAH....
ALHAMDULILAH....
ALLAHUAKHBAR...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....

Sedar tak sedar sekali lagi tahun demi tahun berlalu. Begitu jua bulan ogos bakal melabuhkan tirai lebih kurang berapa minggu lagi... Syukur alhamdulillah masih bertapak di bumi Allah, alhamdulillah atas izin-NYA. Namun masih ada sesuatu yang kosong dalm diri. Apa??? Entah, belum dikenalpasti apa yang kosong belum terisi.

Setelah sekian lama.. entah kenapa semalam terdetik hati utk melayari dunia maya "skype".. nasib baik ingat kata laluan... alhamdulillah.. sempat juga bersembang bisu dengan sahabat lama temah sepengajian. Pelbagai kisah diungkap semula dari a sampai z.. gelak punya  gelak sorang2 tetiba sampai part yang membuatairmata wanita ini tumpah entah ke berapa kalinya....

S :.......................... bla bla
D:.......................... bla bla
S: Ana akan menikah insyaAllah awal bulan depan cuti sekolah
D: Alhamdulillah, selamat sahabat. Ana tmpang gmbira dgn perkhabaran ini. Wah berjaya jua hubungan kalian ye.
S: Hmmm bukan dia tp org lain.
D: Aik yeke? Siapa? org mana? kenal bila? xtau pun.......
S: Semua ni urusan keluarga.. ana dijodohkan dengan pilihan keluarga.
D: dia bagaimana?
S: hmmm, berat ana nk cerita. Pendek cerita, ana sanggup korbankan hati ana demi sebuah "restu" keluarga. Kalau ana bersama dia, RESTU tu belum pasti, tp pilihan keluarga sudah nyata RESTU diberi.
D:.......................bla bla bla
S: ...................... bla bla bla

Adalah aku, wali puteriku,
Serah kini amanahku ini padamu.
Nafkahi dia, curah kasih dan cinta,
Lebih dari yang kuberikan kepadanya.
Dulu esakannya sandar di bahuku,
Tangisannya kini keserah padamu.
Bukan bermakna dia bukan milikku,
Fitrahnya perlukanmu.
Jadikanlah dia wanita syurga.
Mengerti benar akan maharnya,

Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya.

Ku akui akan pesanmu,
Puterimu kini amanahku.
Iringlah dengan doamu,
Bahagia kami dari redhamu.
Jadikanlah dia wanita syurga.
Mengerti benar akan maharnya,
Taat itu bukan hanya pada nama,
Indah ia pada maksudnya.


Diam2 terfikir sejenak.. Alangkah mulia jiwa mu sahabat, sngup berdepan dgn khancuran perasaan sendiri demi keluarga namun sifat kesian timbul jua buat dia yang tpaksa dilepaskan.Cerita penulis bagaimana pula??? Entah tiada jawapan yang pasti.. Masih menunggu sesuatu yang PASTI.....!!! Belum masanya.

MAFFI QOLBI GHAIRULLAH..............

Ya Rabb, aku yakin Engkau telah merencakan sesuatu yang terbaik buat diriku yang tidak seberapa ini. Apa yang ku pinta Ya Rabb, agar segala rintih lirih pengaduanku menajadi sekeping DOA yang diterima.

Andai masih ada jalan untuk diri ini susuri moga menjanjikan sesuatu yang terbaik buat diri. 
HAKIKAT HAMBA...



Bismillahirahmanirahim......



Setiap hari kita ketawa, setiap hari kita jumpa kawan, setiap hari kita dapat apa yang kita nak. TAPI... kenapa hati masih tak gembira???


Kita solat setiap hari, kita selalu berdoa kepada Allah swt, kita minta sunguh-sungguh kepada Allah swt, TAPI kenapa susah sangat doa kita dimakbulkan??? Sedangkan Allah swt pernah berfirman "....Berdoalah padaku nescaya akan Ku Makbulkan.."

Apa lagi masalahnya????

Hati kita tak pernah gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita jarang menghargai nikmat yang diberi kerna kita asyik memikirkan apa yang kita tak dapat tanpa melihat nikmat-nikmat lain yang ada di sekeliling kita. Allahu Akhbar

Doa, doa, doa TAPI kenapa ye masih jua belum dimakbulkan????

Sebab, kita asyik meminta, minta dan terus meminta TAPI kita lupa minta ampun kat Allah swt, sedangkan dosa-dosa kita  terlalu banyak. Allah... malunya.... Kita merintih, merayu TAPI lepas apa yang kita dapat, kita lupa terus KEMAHAAN-NYA yang menjadikan semua. Bila datang kesusahan, baru kita ingat padaNYA, melolong, merintih, menangis teresak-esak minta Allah berpaling melihat kita. SubhanaAllah, macam manala Allah nak makbulkan?????? Astaghfirullah al azim.

Duhai hati, renung baik-baik ke dalam diri, cuba kita ingat dan hitung balik, berapa kali kita menyebut kalimah syukur dalam 1 hari??? 1 hari je... tak payah seminggu.. huh belum tentu kita ada menyebut bukan??? 

Hmmm... hari2 kita jadi budak baik, tolong orang,, sedekah kat orang dan macam hal baik la, TAPI nape ye kita tak rasapun nikmat kebaikkan tu, takde kemanisan amalan yang kita buat, ade je yang tak tenang. Hmm Sebab hati kita tak ikhlas, ragu2 was2. Mulut kata lain, tapi Allah tahu hati kita kata lain. Jangan TIPU...!  Kita nak balasan kan? kita nak pujian kan? Nak nama disebut? Astaghfirullah... riaknya hambamu ini Ya Rabb. Macam mana la hati tak tenang, kalau kejayaan yang kita miliki ditunjuk2, konon hebat sangat. TAPI lupakah kita, siapa disebalik yang memberi kejayaan tersebut???? Allahu Akhbar.....

Hamba... hamba... kerdil sangat2. Alangkah tidak malunya kita.. Allah ciptakan kita sebagai khalifah sebaik-baik kejadian yang pernah Allah cipta sehingga semua makhluk sujud pada bapa kita Nabi Adam a.s kecuali iblis laknatullah. Betapa mulianya kita, tapi kenapa kita tak jaga kemuliaan diri kita dan masih ingkar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hamba?????  Lupa pada Pencipta bahkan lupa dan alpa dengan nikmat yang ada....  Sombongnya kita.

Rasulullah saw, saat beliau ingin dicabut nyawa oleh malaikat TAPI baginda masih ingat akan kita umatnya. "ummati,. ummati. ummati" sempat baginda memikirkan kita, betapa sayangnya baginda terhadap kita umatnya akhir zaman,  TAPI kita????? Kita lupa, sunnahnya dipermainkan diperlekehkan, Lidah kita jadi berat untuk berselawat ke atas baginda. Fikir balik, macam mana hati nak tenang. SubhanaAllah.

Duhai hati yang kotor, belum terlambat untuk kita lembutkan hati kita, bersihkan hati kita. Tunduklah kepada Allah swt, bersyukur dengan nikmat-NYA,. Ingat, semua ni takkan kekal abadi. Bila-bila masa Allah akan tarik balik, ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Siapa kita masa kini, di letak duduk diri kita sekarang, HANYA Allah yang berkuasa, bukan kita. Hanya Allah swt yang dapat menilai kita dengan sebaik-baiknya. Tunduklah, sujudlah hanya pada Allah swt. InsyaAllah... kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman. Jadi, runduk kepala, TANPA DIA kita bukan siapa-siapa. Astaghfirullah al azim... subhanaAllah... Alhamdulillah... Allahu akhbar.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG"

Jika tuhan bertanya padaku
Tidak malukah engkau bermaksiat pada-Ku? kau sembunyikan dosamu dari makhluk-KU dan datang pada-KU dengan penuh dosa.

Bagaimana aku nak jawap wahai diri yang malang?... dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku? Aku terus menyogok jiwaku dengan impian dan harapan dari semasa ke semasa.

....dan aku lupa apa yang bakal dihadapi selepas mati dan apa yang berlaku setelah a
ku dikafankan. Seolah-olah aku ini dijamin untuk hidup selamanya, seakan mati tidak menemuiku. dan datang padaku sakaratul maut ngan ngeri... NAH!!! siapa sekarang yang dapat melindungiku? Aku melihat pada wajah-wajah.. apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diri ini? Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku? Celakanya aku, tidakkah aku mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku? Adakah aku tak dengar apa yang diberitakan dlm surah Qaaf dan Yaasin? Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen(qiyamah)? Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputlku?

Maka Ya Rabb.... datang seorang hamba bertaubat, siapa dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas PengampunanNYA dan yang membimbingku pada kebenaran.

Aku telah datang padaMU, maka kasihanilah aku dan beratkan timbangan (kebaikkan) ku. dan ringankan (percepatkan)hisabku kerna Engkaulah yang terbaik dlm penghisaban. Allahu Akhbar, subhanaAllah, alhamdulillah, Astaghfirullah al azim.

P/s Bait-bait syair yang telah membuat Imam Ahmad bin Hanbal (rahimahullah) menangis ketika mendengarnya. Moga menjadi momentum buat kita jua menuju perubahan dan muhasabah diri.
 

Sedikit pengertian

Hidup ini adalah untuk d ujian,

Ujian itu adalah peperangan,

Berperanglah, berjuanglah bagi kelangsungkan kehidupan..

Hidup ini bukan untuk makan,

Tetapi kita makan untuk hidup,

Hidup ini bukan untuk bersuka ria,

Tetapi kita kena suka dan bergembira untuk hidup..

Kerana apa.?

Kerana hidup kita adalah untuk bertaqwa kepadaNya,

Kerana hidup kita adalah untuk mendapat keRedhaanNya,

Bagaimana.? bukan mengapa..?

Bagaimana untuk mendapatkan redhaNya,

teruskan berbakti pada ibumu..

itulah pesan kekasih yang satu,

iaitu Rasulku, Muhammad SAW..

Selain itu, kerjakanlah ibadahmu,

taat pada suruhan agamamu.....





** Saya adalah pemerhati

yang sentiasa berdiam diri

cuba untuk menaakul segala yang terjadi

cuba menjadi seorang yang baik d mata Ilahi

cuba menjadi seorang yang baik d mata makhluk d langit

cuba menjadi seorang yang baik d mata makhluk d atas bumi..

namun, saya bukan yang terbaik d mana-mana,

atau pada sesiapa, kerana saya juga manusia biasa..

kadang terleka, terlena, terkurang d sini sana,

cuma kini mencuba untuk berubah dan istiqomah..

cuma pada Allah swt saya bergantung sepenuhnya..





dan saya juga adalah :

tidak pernah terlepas dari hasad dengki,

dan cemburu manusia d bumi,

namun kerana adanya DIA,

aku kembali tenang,

kerana adaNya,

segala hal menjadi senang dan tenang..

Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mannasir..

Hanya Allah pelindung dan pemudah segalanya..



Bismillahirrahmannirahim.....Assalamualaikum wbt pembuka bicara........
Nama di beri oleh ayahanda dan bonda mohd yusuf dan arwah ibu dayang rokiah bte awang yusuf  ialah Nur Aisyah Zahira...di lahirkan pada 10 mac 1992...di lahirkan di hospital Queen Elizabeth yang terletak di Kota Kinabalu....berbangsa melayu brunei.....
Lahir ku ke dunia membawa seribu makna buat ayah dan arwah ibu...mendapat cahaya mata iaitu seorang puteri tunggal daripada 4 orang adik beradik....
aku amat bersyukur walaupun dalam masa yang singkat aku dapat menatap wajah arwah ibu..walau pun tidak sempat untuk membalas budi arwah ibu....kini alhamdulillah hasil didikan ayah dan arwah ibu aku dapat membuktikan bahawa aku dapat membawa segulung diploma dan bakal membawa segulung ijazah yang kini aku duduki...syukur alhamdulillah...
sepanjang aku bergelar seorang anak,mahasiswi dan guru aku menyimpan azam bahawa dengan apa pun yang aku perolehi mestilah hasil dari usaha dan titik peluh ku sendiri tanpa menyusah kn adik beradik dan juga ayah...alhamdulillah berkat doa ku dan juga doa keluarga ku..rezeki sangat murah...dengan keberkatan yang di berikan oleh Allah swt.....

kini dan selamanya ini lah aku  Nur Aisyah Zahira Mohd Yusuf........