Friday 16 August 2013

Sedikit pengertian

Hidup ini adalah untuk d ujian,

Ujian itu adalah peperangan,

Berperanglah, berjuanglah bagi kelangsungkan kehidupan..

Hidup ini bukan untuk makan,

Tetapi kita makan untuk hidup,

Hidup ini bukan untuk bersuka ria,

Tetapi kita kena suka dan bergembira untuk hidup..

Kerana apa.?

Kerana hidup kita adalah untuk bertaqwa kepadaNya,

Kerana hidup kita adalah untuk mendapat keRedhaanNya,

Bagaimana.? bukan mengapa..?

Bagaimana untuk mendapatkan redhaNya,

teruskan berbakti pada ibumu..

itulah pesan kekasih yang satu,

iaitu Rasulku, Muhammad SAW..

Selain itu, kerjakanlah ibadahmu,

taat pada suruhan agamamu.....





** Saya adalah pemerhati

yang sentiasa berdiam diri

cuba untuk menaakul segala yang terjadi

cuba menjadi seorang yang baik d mata Ilahi

cuba menjadi seorang yang baik d mata makhluk d langit

cuba menjadi seorang yang baik d mata makhluk d atas bumi..

namun, saya bukan yang terbaik d mana-mana,

atau pada sesiapa, kerana saya juga manusia biasa..

kadang terleka, terlena, terkurang d sini sana,

cuma kini mencuba untuk berubah dan istiqomah..

cuma pada Allah swt saya bergantung sepenuhnya..





dan saya juga adalah :

tidak pernah terlepas dari hasad dengki,

dan cemburu manusia d bumi,

namun kerana adanya DIA,

aku kembali tenang,

kerana adaNya,

segala hal menjadi senang dan tenang..

Hasbunallah wani'mal wakil, wani'mal maula, wani'mannasir..

Hanya Allah pelindung dan pemudah segalanya..


No comments:

Post a Comment